Aku Sebuah Komputer
PENDAHALUAN
-komputer berjenama Dell dilahirkan di kilang di Pulau Pinang
ISI
-dibeli oleh pelajar jurusan seni bina
-digunakan untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah
-membantu menjadikan tuan lebih kreatif dengan kecaggihan
-dijaga dengan baik
PENUTUP
-dipindah milik
-tuan membeli komputer riba
Aku adalah sebuah komputer berjenama Dell. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Pulau Pinang. Di sinilah tempat komponen-komponenku dipasang sebelum dibawa ke kedai-kedai untuk dijual.
Aku akhirnya dibeli oleh seseorang. Pemilikku adalah seorang pelajar jurusan seni bina di sebuah universiti di ibu kota. Aku dibawa ke kampungnya dan dipasangkan perisian yang canggih.
Setiap hari aku pasti dihidupkan dan digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pengsyarah kepada tuanku. Tuanku seorang pelajar yang rajin dan tekun belajar.
Aku berasa gembira kerana dapat membantunya menjadilebih kreatif dengan kecaggihan yang terdapat pada perisianku. Semalam aku dengar tuanku telah mendapat pujian kerana hasil kerjanya yang menarik dan hebat.
Aku terus dijaga dengan baik oleh tuanku. Pernah cakera kerasku terbakar dan aku gagal bergungsi. Tuanku telah membawa ke kedai dengan segera dan komponen itu ditukar.
Kini, tuanku telah pun tamat pengajiannya. Aku dibawa pulang ke kampung halamannya. Tuanku kini telah pun bekerja dan telah membeli membeli komputer riba yang boleh dibawanya ke sana sini. Aku telah diberikan kepada adiknya yang masih menuntut di sekolah menengah. Aku masih mampu berfungsi walaupun keupayaan memoriku semakin perlahan.
Buku Rujukan : Contoh KARANGAN UPSR, Tahun 4, 5 & 6, Sukses Akademia
No comments:
Post a Comment